RIYADH, 23 April- Pusat Hidupan Liar Kebangsaan (NCW) Arab Saudi, dengan kerjasama Pihak Berkuasa Pembangunan Kawasan Perlindungan Diraja Imam Abdulaziz Bin Mohammed, telah melepaskan lebih 30 haiwan terancam ke dalam Kawasan Perlindungan Diraja Raja Khalid, sebagai sebahagian daripada program kebangsaan bagi pembiakan dan pelepasan semula hidupan liar ke habitat asal mereka.
Menurut Agensi Berita Arab Saudi (SPA), haiwan yang dilepaskan termasuk 20 gazel pasir Arab, lima oriks Arab, empat arnab liar, tiga helang steppe dan seekor burung lang gelap.
Inisiatif ini bertujuan memperkasa kepelbagaian biologi, memulihkan keseimbangan ekologi, menyokong kelestarian dan mempromosi ekopelancongan di kawasan perlindungan itu.
Usaha itu selaras dengan strategi Arab Saudi untuk memelihara sumber semula jadi dan membangunkan model ekologi mampan, sekali gus mengukuhkan komitmen negara terhadap perlindungan alam sekitar dan matlamat kelestarian global.- BERNAMA-SPA