fb fb fb fb fb

Lebih 3,200 ekar kawasan musnah dalam kebakaran di Napa County

Foto REUTERS

CALIFORNIA, 23 Ogos - Kepulan asap tebal kelihatan dari Kebakaran Pickett yang sedang marak di Napa County, California, ketika pasukan bomba giat berusaha mengawal kebakaran yang terus merebak.

Menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California (Cal Fire) dalam kemas kini pada pukul 4.42 petang waktu tempatan (2342 GMT) pada Jumaat, kebakaran itu telah merebak ke lebih 3,200 ekar kawasan dengan hanya 7 peratus berjaya dikawal setakat ini.

Cal Fire menyatakan bahawa usaha memadamkan kebakaran menunjukkan kemajuan dengan penggunaan jentera udara dan darat dalam operasi menghalang api daripada merebak ke kawasan lebih luas.

Arahan pemindahan telah dikeluarkan bagi beberapa kawasan yang terjejas, dan agensi itu memberi amaran bahawa kebakaran ini merupakan ancaman terhadap nyawa.

Setakat ini, punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan, menurut laporan media tempatan.-REUTERS

ROSLINA BINTI DIN