fb fb fb fb fb

Lebih 260 pelarian Rohingya tiba di Aceh

FOTO FAIL/AFP

ACEH, 6 Januari - Lebih 260 pelarian Rohingya termasuk wanita dan kanak-kanak, tiba di wilayah paling timur Indonesia, di sini selepas terapung di laut selama beberapa hari, kata seorang pegawai pada Isnin.

Etnik Rohingya yang kebanyakannya beragama Islam, mengalami penindasan berat di Myanmar dan ribuan daripada mereka mempertaruhkan nyawa setiap tahun dalam perjalanan laut yang panjang dan berbahaya untuk sampai ke Malaysia atau Indonesia.

Seorang pegawai di Aceh Timur, Iskandar berkata kumpulan pelarian terbaru itu tiba di pantai di bandar Peureulak Barat pada Ahad malam sekitar pukul 10:25 malam waktu tempatan (1525 GMT).

"Terdapat 264 orang kesemuanya 117 lelaki dan 147 wanita," kata Iskandar kepada AFP pada Isnin, sambil menambah bahawa dalam kumpulan itu, kira-kira 30 adalah kanak-kanak.

"Mereka dapat berjalan ke pantai apabila air surut," katanya.

"Mereka memberitahu saya mereka telah ditolak masuk ke Malaysia," tambah Iskandar, sambil menyatakan bahawa kerajaan tempatan belum memutuskan lokasi untuk memindahkan pelarian Rohingya itu. - AFP

TETITIA YUSOFF