fb fb fb fb fb

Lebih 23,000 rakyat Palestin terkorban

Foto AFP

GAZA, 9 Januari- Lebih 23,000 rakyat Palestin terkorban sejak konflik Palestin-Israel yang bermula awal Oktober lalu.

Serangan dan pengeboman berterusan pendudukan Israel di pelbagai kawasan di Gaza, khususnya kawasan tengah dan selatan, yang telah memasuki hari ke-94 telah mengakibatkan ribuan kematian dan mencederakan berpuluh-puluh rakyat, kebanyakannya adalah kanak-kanak dan wanita,

Memetik laporan agensi berita Palestin, WAFA, sumber tempatan dan kesihatan, memaklumkan tentera Israel melakukan jenayah perang beberapa jam yang lalu dengan melakukan pembunuhan berpuluh-puluh orang di Jabalia dan Beit Hanoun, utara Gaza.

Wartawan Abdullah Brais juga disahkan meninggal dunia dalam pengeboman Israel di selatan Gaza.

Menurut sumber yang sama, wilayah tengah Semenanjung telah mengalami serangan ganas rejim zionis yang menyasarkan kediaman dan khemah perlindungan rakyat Palestin.

Pesawat pejuang Israel terus melancarkan beberapa siri serangan udara ke atas Al-Nuseirat, Al-Maghazi, Al-Bureij, dan Jalan Salah Al-Din, telah membunuh dan mencederakan ramai rakyat Palestin.

Tembakan kuat juga disasarkan ke pelbagai kawasan di bandar Deir al-Balah, di tengah Gaza.

ROSLINA BINTI DIN