fb fb fb fb fb

Lebih 200 penerbangan di Taiwan dibatalkan susulan taufan Krathon

FOTO REUTERS

TAIPEI, 3 Oktober- Sebanyak 211 penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan Taiwan dibatalkan berikutan taufan Krathon dijangka melanda selatan Taiwan pada tengah hari Khamis, lapor Agensi Berita Central News Agency (CNA), memetik pihak berkuasa lapangan terbang.

Sebanyak 85 penerbangan masuk, 88 penerbangan keluar, dan 38 penerbangan kargo dibatalkan setakat 8 pagi waktu tempatan, menurut Taoyuan International Airport Corp.

Pihak berkuasa juga mengingatkan para penumpang untuk menyemak status penerbangan mereka dengan syarikat penerbangan sebelum menuju ke lapangan terbang.

Setakat 10 pagi, Khamis, Krathon berada kira-kira 30 kilometer di barat daya Kaohsiung dan bergerak ke arah utara-timur laut pada kelajuan 8 kilometer sejam (km/j), menurut data Pentadbiran Cuaca Pusat (CWA).

Taufan itu membawa angin kencang dengan kelajuan maksimum 126 km/j, menurut data CWA.- BERNAMA-CNA

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE