SINGAPURA, 3 Oktober - Bekas Menteri Pengangkutan, S. Iswaran, dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Tinggi Singapura.
Pada 24 September lepas, dia mengaku bersalah atas lima pertuduhan dengan empat tuduhan kerana menerima hadiah berupa barangan bernilai $300,000 Dolar Singapura sebagai penjawat awam.
Satu lagi tuduhan kerana menghalang keadilan.
Pihak pendakwa raya sebelum itu mengusulkan hukuman penjara antara enam hingga tujuh bulan.
Manakala, pihak pembela memohon hukuman penjara tidak lebih daripada lapan minggu.
Iswaran menyandang beberapa portfolio kabinet selama 13 tahun, iaitu perdagangan, komunikasi dan pengangkutan.
Dia merupakan bekas anggota kabinet pertama di Singapura yang dibicarakan di mahkamah dalam tempoh hampir 50 tahun.
Sejak sekian lama, Singapura terkenal dengan pentadbiran kabinet yang bersih. -Reuters-