fb fb fb fb fb

Konflik Asia Barat: China gesa tindakan segera PBB

Foto REUTERS

HONG KONG, 3 Oktober-China menggesa agar Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengambil tindakan segera bagi mengamankan Asia Barat selepas serangan udara terbaharu Israel di Lubnan.

Gesaan itu disuarakan oleh Wakil Tetap China Ke PBB, Fu Cong pada mesyuarat majlis tersebut pada Rabu.

Fu Cong menjelaskan perlu bertindak bagi menghentikan keganasan di antara Israel dan Lubnan.

Jelasnya, Majlis Keselamatan berkenaan memikul tanggungjawab besar untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan dunia.

Cong turut berkata,semua pihak terlibat perlu kembali kepada asas penyelesaian secara politik dan diplomasi.

Cong memberi amaran bahawa situasi di Asia Barat ibarat 'telur dihujung tanduk' dan menegaskan sebarang tindakan melengah-lengahkan usaha perdamaian adalah tidak bertanggungjawab.

Tambah Cong, tindakan ketenteraan dalam konflik berkenaan hanya akan memburukkan keadaan.

Cong turut dilaporkan berkata konflik tersebut telah menyebabkan krisis kemanusiaan terbesar, terutamanya di Gaza, yang digambarkannya sebagai "neraka di dunia," serta menyatakan bahawa lebih 1.2 juta orang telah dipindahkan dari Lubnan.

Terdahulu, Israel melancarkan serangan di tengah Beirut sebagai tindak balas terhadap Iran yang melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu ke negara haram itu pada Selasa.

Tindakan Israel dan Iran dilihat menimbulkan kebimbangan bahawa rantau berkenaan mungkin terjerumus ke dalam konflik yang lebih besar.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD