fb fb fb fb fb

Harimau, singa di zoo Vietnam mati dijangkiti selesema burung

Seorang lelaki menjual ayam di pasar di pinggir Hanoi/foto Reuters

HANOI, 3 Oktober - Berpuluh-puluh harimau dan singa yang mati di zoo dekat Vietnam sejak bulan lepas positif selesema burung.

Kementerian Kesihatan menerusi satu kenyataan memaklumkan, dua sampel yang diambil daripada bangkai singa di Mango Garden Resort dalam wilayah Dong Nai, diuji positif virus H5N1.

Sebanyak 20 ekor harimau mati di taman pelancongan itu sejak awal bulan lepas.

Kenyataan itu memetik Pegawai Pusat Kawalan Penyakit Dong Nai, Phan Van Phuc sebagai berkata, haiwan itu diberi makan ayam sebelum jatuh sakit dan mati.

"Kemungkinan harimau-harimau itu telah memakan ayam yang sakit, dan pihak berkuasa sedang menjejaki sumber ayam itu untuk menentukan punca," tambahnya.

Di wilayah Long An, 27 ekor harimau dan tiga ekor singa mati di Safari My Quynh dari 6 hingga 18 September lepas, menurut pihak berkuasa pertanian. - Reuters

Trainee