fb fb fb fb fb

Pemimpin muslim, Arab di AS berang dengan Harris

Calon Presiden parti Demokrat, Kamala Harris/foto Reuters

WASHINGTON, 3 Oktober - Penasihat kanan kepada Naib Presiden Amerika Syarikat, Kamala Harris bertemu pemimpin Muslim dan Arab Amerika pada Rabu, ketika Harris berusaha untuk menarik balik sokongan pengundi yang marah terhadap sokongan AS berhubung tindakan Israel memerangi Gaza dan Lubnan.

Penasihat keselamatan negara Harris, Phil Gordan menerusi mesyuarat maya memaklumkan pemimpin masyarakat bahawa pentadbirannya menyokong gencatan senjata di Gaza, diplomasi di Lubnan dan kestabilan di Tebing Barat yang diduduki Israel, kata pejabat naib presiden.

Ali Dagher, seorang peguam Lubnan-Amerika dan ketua masyarakat, bagaimanapun berkata, penerangan dari pejabat Harris tidak mencukupi.

"Ia terlalu sedikit, sudah terlambat," kata Dagher, yang tidak mengambil bahagian dalam mesyuarat itu.

Harris, yang merupakan calon Presiden AS daripada parti Demokrat, berdepan saingan sengit daripada bekas Presiden Donald Trump yang mewakili parti Republikan, pada pilihan raya 5 November depan.

Kebanyakkan komuniti Muslim di negara "Uncle Sam' itu menyuarakan sokongan kepada Harris. - Reuters

Trainee