fb fb fb fb fb

Iran sambung semula penerbangan

Lapangan Terbang Antarabangsa Mehrabad

Tehran, 3 Oktober - Iran menyambung semula penerbangan di lapangan terbang hari ini, selepas digantung berikutan serangan peluru berpandunya ke atas Israel.

Kedua-dua penerbangan domestik dan antarabangsa digantung atas sebab keselamatan sehingga pukul 5 pagi waktu tempatan hari Khamis.

Jurucakap Pertubuhan Penerbangan Awam Iran, Jafar Yazarloo, mengesahkan penyambungan semula laluan berkenaan selain memetik penarikan sekatan.

“Selepas memastikan keadaan penerbangan yang menggalakkan dan selamat serta penamatan sekatan, syarikat penerbangan dibenarkan menjalankan operasi penerbangan,” katanya, dipetik agensi berita rasmi IRNA.

Republik Islam itu melancarkan 200 peluru berpandu ke regim Israel pada petang Selasa, menandakan serangan kalinya kedua ke atas seterunya, tindak balas serangan peluru berpandu dan dron rejim pada April.

Agensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah telah menasihatkan syarikat penerbangan Eropah untuk mengelak ruang udara Iran sehingga 31 Oktober, dengan pemantauan berterusan.

Amaran serupa dikeluarkan untuk Israel dan Lubnan pada hujung minggu lalu

Trainee2