fb fb fb fb fb

Lebih 20 terbunuh dalam insiden Istana Republik diserbu

Foto Reuters

BAGHDAD, 31 Ogos- Lebih 20 penunjuk perasaan terbunuh selepas penyokong ulama Syiah Iraq, Muqtada al-Sadr menyerbu Istana Republikan, di Baghdad.

Kejadian itu turut menyebabkan lebih 150 penunjuk perasaan cedera.

Perdana Menteri Mustafa al-Kadhimi mengarahkan siasatan segera dilakukan terhadap kejadian tersebut.


(Anggota pejuang Briged Keamanan Sadr berkumpul semasa pertempuran
dengan pasukan keselamatan Iraq berhampiran Zon Hijau / Foto Reuters)

Mustafa juga menggesa rakyat Iraq supaya mematuhi perintah berkurung di seluruh negara dan arahan daripada pihak keselamatan.

Menurut laporan itu, keadaan di Baghdad menjadi tegang pada awal Isnin selepas al-Sadr memberitahu beliau akan bersara dari politik untuk selama-lamanya.

Istana Republik berada di Zon Hijau yang dikawal pasukan keselamatan dan menempatkan agensi kerajaan serta beberapa misi diplomatik asing.

Pihak berkuasa Iraq mengisytiharkan perintah berkurung di seluruh negara dalam usaha menghentikan rusuhan.

Parti-parti di Iraq tidak dapat membentuk kerajaan baharu sejak pilihan raya pada 10 Oktober 2021.- Reuters

Media Baharu