BAITULMAQDIS, 16 April - Sudah Lebih 150 orang awam cedera dalam pertempuran warga Palestin dengan polis Zionis di perkarangan masjid suci iaitu Masjid Al-Aqsa pada Jumaat.
Pertempuran berlaku apabila pasukan keselamatan rejim yang memecah masuk perkarangan Masjid Al-Aqsa dan menyerang umat Islam yang sedang berada di ruang solat.
Ia merupakan pertempuran pertama di tapak suci itu sejak bermulanya Ramadan tahun ini.
Menurut Bulan Sabit Merah Palestin, 90 orang dimasukkan ke hospital dan "puluhan" lagi dirawat di tempat kejadian.
Polis Israel menyatakan sekurang-kurangnya tiga pegawai tercedera.
Majoriti mereka yang cedera akibat terkena peluru getah.
Kira-kira 400 orang diberkas, menurut Kelab Tahanan Palestin.
(Polis Israel menyerang rakyat Palestin di pekarangan Masjid Al-Aqsa/FOTO AFP)
Pejuang Hamas yang mengawal Gaza mengutuk serangan polis Zionis dan Israel perlu bertanggungjawab dengan apa yang telah berlaku.
Sejak 22 Mac lalu, empat serangan telah tercetus yang membawa kepada 14 kes kematian.
Pertempuran itu tercetus selepas tiga minggu keganasan maut berlaku di Israel dan Tebing Barat yang dicerobohi.
Tahun lalu semasa bulan puasa, umat Islam bertempur dengan tentera Israel dalam konflik dahsyat selama 11 hari antara Israel dan Hamas. -AFP