fb fb fb fb fb

Lebih 130 pendatang Rohingya mendarat di Acheh

Foto Reuters

ACHEH, 1 Februari - Lebih 130 pendatang Rohingya dilaporkan mendarat di pantai Acheh, kata Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis.

Pendaratan terbaharu itu merupakan siri ketibaan yang mencetuskan kontroversi dalam kalangan negara-negara Asia Tenggara.

Sebelum ini, pendatang Rohingya yang dianggap sebagai kaum minoriti dan dipinggirkan di Myanmar telah berdepan pengusiran dan bantuan oleh penduduk tempatan di sini selepas melakukan pendaratan.

Data UNCHR menunjukkan kira-kira 2,000 Rohingya tiba di Acheh sejak Oktober tahun lalu.

Salah seorang Pegawai Perlindungan UNCHR Indonesia, Faisal Rahman berkata kira-kira 130 orang Rohingya tiba di kawasan timur Acheh pada pagi Khamis.

Selama bertahun-tahun, Rohingya telah meninggalkan tanah air mereka, Myanmar selepas dilabel sebagai penceroboh asing dari Asia Selatan.

Golongan berkenaan turut dinafikan hak kewarganegaraan dan sering menjadi mangsa pemerdagangan manusia dan penderaan.- REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD