fb fb fb fb fb

Isu etnik Uighur, Pemantau Hak Asasi Manusia beri amaran

Foto Reuters

SHANGHAI, 1 Februari - Badan Pemantau Hak Asasi Manusia (HRW) pada Khamis menggesa syarikat pembuat kenderaan seperti Tesla, Volkswagen dan BYD yang mengeluarkan kenderaan di China agar memastikan material yang dikeluarkan menggunakan tenaga buruh paksa Uighur tidak memasuki rantaian bekalan.

Kumpulan terbabit berkata, mereka telah menemui bukti tentang Xinjiang, salah satu pengeluar aluminium yang telah menggaji pekerja daripada program pemindahan buruh kerajaan China yang didakwa memaksa Uighur dan etnik Muslim Turki untuk bekerja di Xinjiang dan wilayah lain.

Aluminium di Xinjiang digunakan bagi menghasilkan komponen kenderaan yang kemudiannya dijual ke seluruh dunia terutamanya kepada pembuat kenderaan.

Tambah HRW, syarikat-syarikat terlibat bertanggungjawab di bawah prinsip Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) bagi memastikan komponen yang dihasilkan oleh buruh paksa tidak di gunakan dalam rantaian pembekalan.

Penyelidik kanan HRW, Jim Wormington berkata kumpulan berkenaan mempunyai senarai nama dan telah menghantar ke beberapa syarikat pengeluar kenderaan seperti Tesla, Volkswagen,BYD, General Motors dan Toyota susulan jumlah jualan yang besar.

Namun, kumpulan berkenaan tidak menemui sebarang pelanggaran berhubung buruh paksa.

Sebelum ini, beberapa kumpulan hak asasi manusia termasuk HRW menuduh Beijing melakukan penderaan terhadap Uighur, etnik minoriti Islam dengan kira-kira 10 juta orang di wilayah barat Xinjiang, termasuk penggunaan buruh paksa secara besar-besaran di kem tahanan.

Namun, China menafikan dakwaan tersebut.

HRW turut menggesa agar syarikat-syarikat pengeluar kereta terlibat mengambil langkah untuk memetakan rantaian bekalan mereka dengan lebih baik dan memutuskan hubungan dengan mana-mana pembekal langsung di Xinjiang sehingga usaha sewajarnya dapat dilakukan.

China dilaporkan telah mengatasi Jepun sebagai pengeksport kereta terbesar dunia pada 2023, sebahagian besarnya disebabkan oleh kekuatan syarikat domestik seperti Chery, SAIC, Geely, dan BYD .- REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD