fb fb fb fb fb

Lebih 1,300 bangunan musnah di Semenanjung Gaza - PBB

(Seorang warga Palestin menjerit berikutan serangan Israel di Khan Yunis di selatan
Semenanjung Gaza hari ini/AFP)

GENEVA, 14 Oktober- Lebih 1,300 bangunan di Semenanjung Gaza telah musnah selepas hampir seminggu pengeboman sengit dilancarkan oleh tentera Israel, kata Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) hari ini.

Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) PBB berkata, laporan Kementerian Kerja Raya Gaza memaklumkan sebanyak 1,324 bangunan kediaman dan bukan kediaman terdiri daripada 5,540 unit rumah telah musnah sepenuhnya.

"Sebanyak 3,743 unit rumah lagi telah rosak dan tidak dapat didiami, manakala 55,000 unit rumah rosak sebahagiannya," kata OCHA PBB.

Menerusi pemantauan PBB, lebih 423,000 penduduk di Semenanjung Gaza dipindahkan ke kawasan lebih selamat setakat Khamis lalu.

Israel memberi amaran bahawa kira-kira 1.1 juta orang di utara kawasan itu perlu berpindah sebelum serangan darat oleh tentera penjajah berkenaan dilancarkan dalam masa terdekat. -AFP

(FOTO AFP)

Media Baharu