fb fb fb fb fb

Israel dakwa bunuh 'Ali Qadi' komando elit Hamas

(Imej tembakan dari udara dikeluarkan oleh tentera Israel menyasarkan sebuah bangunan
yang didakwa membunuh Ali Qadi)

BAITULMAQDIS, 14 Oktober- Israel mendakwa pihaknya berjaya membunuh seorang pejuang elit Hamas dikenali sebagai Ali Qadi menerusi serangan udara oleh tenteranya hari ini.

Pihak tersebut melaporkan Ali Qadi merupakan komando daripada pasukan 'Nukhba' (elit) Hamas.

Sementara seorang pegawai Hamas memberitahu AFP bahawa pihaknya "tiada komen" mengenai dakwaan Israel itu.

Bagaimanapun, pegawai yang enggan dikenali itu mengesahkan Qadi, 37, adalah komander unit dalam pasukan elitnya.

Pegawai Hamas dan kenyataan tentera Israel masing-masing memaklumkan bahawa Qadi dibebaskan oleh Israel pada 2011 sebagai pertukaran dengan seorang askar Israel iaitu Gilad Shalit yang ditangkap oleh Hamas pada 2006. -AFP

(Imej tembakan dari udara dikeluarkan oleh tentera Israel menyasarkan sebuah bangunan
yang didakwa membunuh Ali Qadi/AFP)

Media Baharu