fb fb fb fb fb

Dua lagi maut akibat banjir di Vietnam

(FOTO AFP)

HANOI, 14 Oktober- Dua orang maut selepas dihanyutkan banjir di tengah Vietnam, lapor media kerajaan, VnExpress, hari ini.

Mangsa lemas merupakan masing-masing lelaki warga emas berusia 61 tahun dan kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun.

Sementara itu, hampir 500 buah rumah ditenggelami air sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Pihak berkuasa pengurusan bencana negara melaporkan bandar pesisir pantai di Da Nang telah dilanda hujan lebat, begitu juga kawasan dari Ha Tinh ke wilayah Quang Nam sejak Selasa lalu.

Dalam pada itu, kira-kira 5,000 penduduk di kawasan terbabit telah dipindahkan dari kediaman mereka sejak malam tadi sehingga pagi hari ini.

Hujung minggu lalu, tiga orang telah maut dalam banjir kilat dan tanah runtuh di utara negara.

Hujan lebat diramal berterusan di seluruh kawasan tengah negara Asia Tenggara ituĀ untuk beberapa hari akan datang.

Vietnam sering dilanda cuaca buruk pada musim hujan antara Jun dan November setiap tahun. -AFP

(FOTO AFP)

Media Baharu