fb fb fb fb fb

Syiling baharu Raja Charles III ada motif flora dan fauna

(FOTO AFP)

LONDON, 14 Oktober- Syiling Britain yang baharu bukan sahaja memaparkan imej Raja Charles III, malah mempunyai unsur menarik iaitu motif flora dan fauna di belakangnya.

Koleksi syiling daripada nilai satu sen hingga dua paun itu didedahkan oleh Royal Mint.

Lapan syiling baharu tersebut kesemuanya menampilkan reka bentuk yang diilhamkan oleh tumbuh-tumbuhan dan haiwan sebagai simbolik minat Raja Charles III terhadap alam semulajadi serta pemuliharaan.

Sejak monarki dipulihkan pada 1660, ia menjadi tradisi imej raja perlu diabadikan pada syiling.

Ibu Charles, Ratu Elizabeth II meninggal dunia pada 8 September tahun lalu pada usianya 96 tahun selepas 70 tahun menaiki takhta.

Kira-kira 27 bilion syiling memaparkan imejnya masih kekal sah dan pemakaiannya beransur-ansur akan dilupuskan dari semasa ke semasa. -AFP

(FOTO AFP)

Media Baharu