fb fb fb fb fb

Konflik Palestin-Israel: 24 warga Thailand terkorban, 16 cedera

(FOTO AFP)

BANGKOK, 14 Oktober- Tiga lagi warga Thailand menjadi korban terbaharu dalam pertempuran antara Palestin dan Israel di Semenanjung Gaza, kata Perdana Menteri, Srettha Thavisin hari ini.

"Saya dimaklumkan terdapat tiga lagi yang maut, menjadikan jumlah keseluruhan 24 orang," kata Srettha kepada pemberita.

Sementara itu, Kementerian Luar Thailand memaklumkan, dua warganya cedera, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa cedera adalah 16 orang.

Terdapat kira-kira 30,000 rakyat Thailand bekerja di tanah jajahan Israel yang kebanyakannya dalam sektor pertanian.

Kerajaan ketika ini sedang berusaha untuk membawa pulang sekitar 7,000 pekerja Thailand menerusi syarikat penerbangan nasional dan tambang rendah di negara itu.

Hampir 100 warganya telah pulang dari kawasan konflik dengan penerbangan ketiga membawa 100 lagi dijangka tiba di Thailand pada Ahad ini. -AFP

(FOTO AFP)

Media Baharu