WONJU, 26 Januari- Kementerian Luar Korea Utara berikrar untuk mengambil 'tindakan balas paling tegas' terhadap Amerika Syarikat selagi Washington kekal menolak kedaulatan Pyongyang, lapor agensi berita negeri KCNA pada Ahad.
Perikatan ketenteraan dan latihan bersama antara Korea Selatan dan AS menjadi punca ketegangan yang semakin meningkat di rantau itu, menurut kenyataan kementerian yang disiarkan oleh KCNA.
Kenyataan itu dibuat selepas Presiden AS Donald Trump berkata dalam satu temu bual pada Khamis bahawa beliau akan kembali menghubungi pemimpin Korea Utara Kim Jong Un selepas kedua-duanya membina hubungan kerja semasa penggal pertama Trump.
Dalam laporan KCNA berasingan pada Ahad, Korea Utara menyatakan bahawa mereka telah menjalankan ujian peluru berpandu strategik pada Sabtu, yang digambarkan sebagai ujian 'sistem senjata penting.-REUTERS