SUDAN, 4 Mei - Lapangan terbang di Port Sudan dilaporkan terkena serangan dron, pada Ahad.
Menurut seorang pegawai lapangan terbang kepada AFP, setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat daripada serangan itu.
Port Sudan menjadi pusat pentadbiran sementara bagi kerajaan Sudan yang berpihak kepada tentera.
Pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) telah melancarkan beberapa "dron bunuh diri" ke arah bandar pesisir Port Sudan.
Ia menyasarkan lapangan terbang serta sebuah gudang barangan dan beberapa kemudahan awam, namun mengakibatkan kerosakan kecil, menurut kenyataan jurucakap tentera. - AFP