fb fb fb fb fb

Albanese cipta sejarah menang penggal kedua

Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese/ Foto Reuters

SYDNEY, 4 Mei - Anthony Albanese menjadi Perdana Menteri pertama Australia dalam tempoh dua dekad yang berjaya meraih kemenangan memenangi bagi penggal kedua secara berturut-turut.

Menurut unjuran Australian Broadcasting Corporation (ABC), Parti Buruh bawah pimpinannya dijangka akan menambah majoritinya di parlimen kepada sekurang-kurangnya 85 kerusi daripada 77 sebelum ini.

Ia berbeza dengan jangkaan awal tinjauan yang meramalkan parti itu bakal berdepan kesukaran untuk mengekalkan majoriti tipis. Setakat ini, lebih dua pertiga undian telah dikira dan proses pengiraan dijadualkan bersambung pada Isnin (5 Mei).

Albanese hadir menyantuni penyokongnya di sebuah kafe di sini, pada Ahad (4 Mei) dalam kawasan parlimennya. Ia merupakan kemunculan pertamanya sejurus berjaya mempertahankan penguasaan untuk penggal kedua selepas mencatat kemenangan besar dalam Pilihan Raya Persekutuan Australia.

Dalam pada itu, Ketua pembangkang konservatif, Peter Dutton, tewas di kerusinya dalam satu keputusan yang mencerminkan corak pengundian di Kanada kurang seminggu lalu.

Para pengundi yang pada mulanya tertumpu kepada isu kos sara hidup dilaporkan semakin bimbang dengan pelaksanaan tarif besar-besaran dan dasar lain oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, sekali gus mempengaruhi corak undian. - REUTERS

TETITIA YUSOFF