fb fb fb fb fb

Lapangan terbang Bali kembali beroperasi pagi ini selepas merayakan Hari 'Nyepi'

BALI, 4 Mac- Lapangan terbang di pulau percutian Bali, Indonesia bakal menyambung semula operasi penerbangannya susulan sambutan Hari Senyap yang berlangsung semalam sehingga pukul 6 pagi ini.

Penutupan sementara operasi yang bermula sejak 6.00 pagi semalam menjejaskan 115 penerbangan di Lapangan Terbang Gusti Ngurah Rai.

Pengarah Presiden Angkasa Pura I, Faik Fahmi berkata 58 penerbangan ketibaan dan 57 penerbangan berlepas digantung sementara selama 24 jam.

"Nyepi" yang bermaksud "berdiam diri" disambut oleh semua penduduk Bali beragama Hindu sebagai "Hari Senyap".


(Antara upacara sambutan penganut agama Hindu pada Hari 'Nyepi' di Bali, Indonesia/BERNAMA)

Pada hari paling senyap dalam setahun itu, penganut Hindu Bali menghentikan aktiviti harian mereka dan berada di dalam rumah melakukan muhasabah diri.

Syarikat telekomunikasi juga mematikan khidmat data mudah alih dan sambungan Internet.

Jalan raya yang biasanya sibuk menjadi senyap manakala pelancong pula bebas melakukan aktiviti hanya di kawasan hotel.

Media Baharu