fb fb fb fb fb

Harga minyak mentah cecah paras tertinggi

(FOTO CNBC)

KOGALYM, 4 Mac- Penanda aras minyak mentah melonjak bermula semalam berikutan masalah bekalan, potensi gangguan perdagangan dan isu perkapalan akibat daripada sekatan baharu yang dikenakan ke atas Rusia selepas negara itu menyerang Ukraine minggu lalu.

Setakat pukul 2.07 petang semalam, niaga hadapan minyak mentah Brent meneruskan pergerakan rancak tanpa henti melonjak sebanyak 3.62 peratus kepada AS$117 dolar Amerika Syarikat setong, manakala West Texas Intermediate meningkat 3.44 peratus kepada AS$114.40 dolar Amerika Syarikat setong.

Terdahulu, niaga hadapan minyak mentah Brent meningkat setinggi AS$118.22 dolar setong, tertinggi sejak Februari 2013.

Pasaran bertindak balas terhadap pusingan terbaru sekatan Amerika Syarikat ke atas sektor penapisan Rusia membawa kepada kebimbangan bahawa sekatan eksport boleh beralih kepada sektor minyak dan gas Rusia.

Susulan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, harga minyak mentah Brent telah melambung melebihi AS$100 setong berikutan kebimbangan gangguan bekalan.


(FOTO REUTERS)

Rusia sebagai pengeluar minyak ketiga dunia dan pengeksport minyak terbesar ke pasaran global menyumbang kira-kira 10 peratus daripada bekalan minyak global.

Semalam, Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya termasuk Rusia mengambil keputusan mengekalkan pertambahan dalam pengeluaran sebanyak 400,000 tong sehari pada bulan Mac.

Media Baharu