fb fb fb fb fb

Lapan ditikam, ratusan ditahan di Karnival Notting Hill

Polis melakukan tangkapan di Karnival Notting Hill, barat London semalam/AFP

LONDON, 27 Ogos- Lapan orang cedera ditikam dan ratusan suspek ditahan semasa Karnival Notting Hill di barat London hujung minggu lalu.

Polis Metropolitan menyatakan lima tikaman berlaku pada hari terakhir sambutan tiga hari itu.

Tiga mangsa berada dalam keadaan kritikal, menurut polis.

Sementara itu, seramai 230 orang ditahan semalam termasuk 49 daripadanya memiliki senjata berbahaya.

Tiga senjata api turut dirampas, dan 35 pegawai polis cedera sepanjang acara yang dihadiri hampir sejuta orang setiap tahun.

Dalam pada itu, Timbalan Penolong Komisioner Polis Metropolitan, Ade Adelekan menyatakan keletihannya menghadapi keganasan yang berulang setiap tahun.

"Letih mengucapkan perkara sama setiap tahun," ujarnya sambil menggesa pengunjung karnival melaporkan jenayah yang mereka saksikan.

SITI AISHAH MD ISA