fb fb fb fb fb

Langgar prinsip perjanjian perdagangan Ethiopia, Mali dan Guinea dikeluarkan daripada senarai

FOTO AFP

WASHINGTON, 2 Januari- Pentadbiran Joe Biden mengumumkan Ethiopia, Mali dan Guinea dikeluarkan daripada perjanjian perdagangan Amerika Syarikat – Afrika atas alasan melanggar prinsip perjanjian.

“Hari ini Amerika Syarikat mengeluarkan Ethiopia, Mali and Guinea daripada perjanjian “African Growth Opportunity Act” (AGOA) disebabkan tindakan yang diambil setipa kerajaan yang melanggar statut AGOA”, menurut kenyataan Wakil Perdagangan Amerika Syarikat.

AGOA ditandatangani pada tahun 2000 bawah pentadbiran bekas Presiden Bill Clinton untuk memudah dan mengawal selia perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan Afrika.

Namun, AS berasa amat bimbang dengan perubahan tidak mengikut perlembagaan dalam kerajaan di Guinea dan Mali, kata kenyataan itu.

Kebimbangan juga terarah kepada pelanggaran serius hak asasi manusia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa yang dilakukan kerajaan Ethiopia dan pihak lain tatkala koinflik meluas di utara Ethiopia.

Bawah perjanjian AGOA, ribuan produk keluaran Afrika boleh mendapat manfaat daripada pengurangan cukai import, tertakluk kepada syarat-syarat yang perlu dipatuhi berkaitan hak asasi manusia, tadbir urus baik dan perlindungan pekerja serta tidak mengenakan sekatan ke atas produk Amerika syarikat di wilayah mereka.

Pada 2020, 38 negara menerima manfaat daripada AGOA. - AFP

Media Baharu