fb fb fb fb fb

Penduduk dunia bertambah

AMERIKA SYARIKAT, 2 Januari - Penduduk dunia bertambah sebanyak 74 juta menjadikan jumlah keseluruhan penduduk dunia pada tahun 2021 sebanyak 7.8 bilion orang.

Menurut Biro Bancian Amerika Syarikat , China kekal negara mempunyai penduduk paling ramai di dunia dengan 1.4 bilion penduduk.

India merekodkan 1.38 bilion penduduk, Amerika , 332 juta, Indonesia 275 juta dan Pakistan 238 juta.

Peningkatan bagi tahun 2021 menunjukkan kadar pertumbuhan penduduk global sebanyak 0.9 peratus, lebih rendah daripada unjuran awal 0.96 peratus.

Separuh daripada penduduk dunia tinggal di negara yang menyaksikan kadar kesuburan seumur hidup rendah dengan bilangan anak yang jangka dilahirkan oleh wanita secara purata di bawah dua orang.

Menurut data Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) penduduk global akan terus meningkat sehingga 2100 tetapi pertambahan akan hanya tertumpu di kawasan tertentu saja.

 

Media Baharu