fb fb fb fb fb

Lagi rakyat Palestin maut ditembak tentera Israel

(Foto fail/ AFP)

BAITULMAQDIS, 20 Jun- Seorang pekerja Palestin ditembak mati oleh tentera Israel ketika melintasi sekatan keselamatan di Tebing Barat.

Kementerian Kesihatan Palestin mengenal pasti lelaki yang terbunuh itu sebagai Nabil Ghanem, 53, dari bandar Nablus, Tebing Barat.

Agensi berita rasmi Palestin, Wafa, berkata Nabil adalah antara puluhan ribu rakyat Palestin Tebing Barat yang mencari pekerjaan di Israel.

Jurucakap tentera Israel berkata tentera menembak 'seorang suspek yang merosakkan pagar keselamatan'.

(Foto fail/ AFP)

Pembunuhan Nabil berlaku ketika keganasan antara Israel dan Palestin semakin memuncak.

Seramai 19 orang, kebanyakannya orang awam Israel, termasuk 18 di Israel dan seorang peneroka Yahudi, terbunuh dalam serangan oleh penduduk Palestin dan Arab Israel sejak akhir Mac lalu.

Seramai 45 rakyat Palestin terbunuh di Tebing Barat, kononnya disyaki militan, namun turut membabitkan penduduk awam, termasuk seorang wartawan Al Jazeera yang membuat liputan serbuan di Jenin. -AFP

Media Baharu