fb fb fb fb fb

China jalankan ujian peluru berpandu antibalistik keenam semalam

(FOTO AFP)

BEIJING, 20 Jun- China menjalankan ujian peluru berpandu antibalistik iaitu teknologi pintasan antipeluru berpandu jarak pertengahan, semalam.

Kementerian pertahanan China dalam kenyataan menyatakan, ujian itu berjaya mencapai matlamat yang dijangkakan dan bersifat defensif serta tidak ditujukan kepada mana-mana negara.

Katanya, China meningkatkan penyelidikan ke atas semua jenis peluru berpandu, daripada yang boleh memusnahkan satelit di angkasa kepada peluru berpandu balistik yang canggih.

Ini juga sebagai sebahagian daripada skim pemodenan oleh Presidennya, Xi Jinping.

Negara itu menjalankan ujian serupa pada Februari 2021 dan menjadikan jumlah ujian teknikal peluru berpandu antibalistik yang diumumkan secara terbuka sebanyak enam kali.

China, bersama sekutunya Rusia, berulang kali menyatakan bantahan terhadap penempatan sistem antipeluru berpandu Terminal Altitud Kawasan Altitud Tinggi Amerika Syarikat di Korea Selatan.

(Foto fail/ AFP)

China berkata, radar berkuasa itu boleh menembusi wilayahnya dan sudah mengadakan latihan simulasi anti peluru berpandu bersama Rusia.

Korea Utara yang juga meningkatkan ujian peluru berpandunya dalam beberapa bulan kebelakangan ini, mendorong Korea Selatan dan Amerika untuk bertindak balas terhadapnya.

Pada 2016, Kementerian Pertahanan mengesahkan pihaknya meneruskan ujian sistem antipeluru berpandu selepas video disiarkan di stesen televisyen kerajaan.

Beijing berkata teknologi sedemikian diperlukan untuk pertahanan dan keselamatan negara. -AFP

Media Baharu