fb fb fb fb fb

Haba panas: Popsikel ais ditambah dalam diet haiwan di Zoo Madrid

(Seekor anjing laut kelabu memakan ikan beku, semasa gelombang panas
kedua tahun ini di Akuarium Zoo di Madrid, Sepanyol/REUTERS)


MADRID, 17 Julai– Dengan suhu yang melambung melebihi 40 darjah Celsius (104°F) di tengah-tengah gelombang haba yang membakar di Sepanyol, Bing Xing panda gergasi yang digelar selebriti terkemuka Zoo Madrid, menikmati popsikel tembikai disediakan oleh penjaga untuk menyejukkan badannya dan haiwan-haiwan lain.

Sebagai tambahan kepada diet hariannya sebanyak 50 kg buluh segar, Bing Xing, yang namanya bermaksud "binatang ais", kelihatan tidak sabar-sabar mengunyah buah sejuk yang dibekukan.

Sementara itu, haiwan pemangsa seperti singa atau anjing laut ditawarkan popsikel yang diperbuat daripada daging lembu atau ikan, bergantung pada diet mereka.

Penjaga zoo juga menyembur haiwan dengan air.

Kemuncak suhu disebabkan gelombang panas menyebabkan beberapa bahagian di i Sepanyol terus berjaga-jaga terhadap haba melampau dan beberapa kebakaran hutan  turut tercetus. -REUTERS

(Seekor beruang panda makan ais krim tembikai pada batang buluh semasa gelombang panas
kedua tahun ini di Akuarium Zoo di Madrid, Sepanyol/REUTERS)


 “NAMA

Media Baharu