fb fb fb fb fb

Macau lanjutkan penutupan kasino, perintah berkurung sehingga Jumaat depan

(Pemandangan luar Venetian Macao, sebahagian daripada bangunan
Sands China Ltd di Macau, China/FOTO FAIL REUTERS)

HONG KONG, 17 Julai- Kerajaan Macau akan melanjutkan penutupan kasino dan perniagaan lain sehingga Jumaat minggu depan, ketika pihak berkuasa bergelut untuk menghentikan penyebaran COVID-19 di hab perjudian terbesar di dunia, menurut satu kenyataan di laman webnya.

Penutupan di wilayah pentadbiran khas China dijadual berakhir esok namun dilanjutkan dengan premis perniagaan termasuk kasinonya diutup dan melarang penduduk meninggalkan kediaman mereka, kecuali untuk aktiviti penting seperti membeli keperluan harian.

Macau telah merekodkan sekitar 1,700 jangkitan koronavirus sejak pertengahan Jun. Lebih 20,000 orang berada dalam kuarantin wajib kerana kerajaan mematuhi dasar sifar-COVID China, yang bertujuan untuk menghapuskan semua wabak, bertentangan dengan trend global yang cuba wujud bersama virus itu.

Lebih daripada 90 peratus daripada 600,000 penduduk Macau telah diberi vaksin sepenuhnya terhadap COVID tetapi ini adalah kali pertama bandar itu terpaksa bergelut dengan varian Omicron yang merebak dengan pantas.

Macau  hanya mempunyai satu hospital awam untuk lebih 600,000 penduduknya, dan sistem perubatannya sudah melebihi kapasiti sebelum C)VID-19 melanda bandar itu.

Pihak berkuasa tempatan telah menubuhkan hospital sementara di arena sukan berhampiran kasino ala Las Vegas di bandar itu dan mempunyai kira-kira 600 petugas perubatan dari tanah besar bagi membantu melancarkan tugas rawatan.

Sementara di  Hong Kong, pihak berkuasa mula melonggarkan sekatan pergerakan  yang ketat walaupun kes harian melebihi 3,000 dalam usaha untuk memulakan semula hab kewangan dan ekonominya.-REUTERS

(Orang ramai beratur untuk ujian COVID-19 di Macau,China/FOTO FAIL REUTERS)

 

 

 

Media Baharu