(Krisis roti di Lubnan juga dikaitkan dengan krisis kewangan nilai pound yang telah susut/FOTO REUTERS)
BEIRUT, 1 Ogos - Rakyat Lubnan terpaksa beratur panjang lebih 2 jam semata-mata untuk mendapatkan makanan ruji iaitu roti Arab pitta.
Krisis roti yang sudah masuk 6 bulan kini semakin membimbangkan sehingga menyebabkan harganya melambung tinggi dan sukar untuk di dapati.
Malah roti bersubsidi dibeli dalam kuantiti yang banyak dan dijual jauh lebih mahal dalam pasaran gelap oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab.
Satu beg roti Arab pitta rata kini dijual secara rasmi pada harga 13,000 pound Lubnan (RM38.37).
Di pasaran gelap, ia berharga lebih 30,000 pound Lubnan (RM88.56).
Lubnan mengimport 80 peratus gandumnya dari dari negara yang kini dalam peperangan iaitu Ukraine.
(Orang ramai beratur berjam-jam untuk membeli roti/FOTO REUTERS)
Setiap pelanggan dihadkan untuk membeli satu atau dua beg roti dan setiap beg mengandungi enam roti rata.
Kebanyakan kedai roti mengehadkan penjualan roti kepada satu atau dua beg bagi setiap pelanggan dan setiap beg mengandungi enam roti rata. - REUTERS