fb fb fb fb fb

Angka korban cecah 26 termasuk empat kanak-kanak

AMERIKA SYARIKAT, 1 Ogos - Banjir di Kentucky kini telah meragut 26 nyawa termasuk empat kanak-kanak pada Sabtu dan jumlahnya dijangka terus meningkat, kata Gabenor Andy Beshear pada Ahad.

Operasi mencari dan menyelamat penduduk terjejas banjir di wilayah Appalachia, timur Kentucky diteruskan.

Banyak jalan dan jambatan di kawasan berbukit musnah selain gangguan telekomunikasi yang telah menyukarkan lagi operasi pencarian.

"Ini merupakan banjir yang paling dahsyat dalam sejarah... dan pada masa yang sama usaha untuk mencari diteruskan meskipun hujan terus turun.

"Usaha mencari akan diteruskan dari pintu ke pintu dan menyelamatkan seramai yang mungkin, tetapi keadaan cuaca merumitkan usaha kami," kata Beshear

(Banjir kilat melanda kawasan Jackson, Kentucky akibat hujan lebat pada Khamis/FOTO AFP)

 

Menurut Beshear, pasukan penyelamat juga telah menemui beberapa mayat namun tidak dapat mengesahkan jumlah kematian buat masa kini.

Kawasan tertentu di timur Kentucky melaporkan menerima hujan lebih 20 sentimeter dalam tempoh 24 jam. 

Lebih 23,000 penduduk di negeri ini kini terputus bekalan elektrik dan bekalan air bersih. - AFP

Media Baharu