fb fb fb fb fb

Lebih 700 juta senjata api diserahkan untuk kad hadiah

(Pihak polis sedang menyimpan senjata api milik yang dijual
pada Program Pembelian Semula Senjata Api/FOTO REUTERS)

TEXAS, 1 Ogos - Penduduk Houston telah menyerahkan lebih 700 senjata api menerusi Program Pembelian Semula yang berlangsung pada Sabtu lalu.

Sebagai pertukaran mereka akan menerima kad hadiah bernilai AS$50 (RM222.00) untuk pistol yang tidak berfungsi, AS$100 (RM445.00) untuk senapang atau senapang patah; AS$150 (RM667.00) untuk pistol dan  (RM890.00) untuk senapang automatik sepenuhnya.

Mereka juga boleh menyerahkan tanpa mengemukakan identiti walaupun polis perlu melakukan pemeriksaan ke atas senjata sama ada dicuri atau mempunyai kaitan dengan kes jenayah. 

Program itu dihoskan oleh Datuk Bandar Houston Sylvester Turner dan Pesuruhjaya Presint 1, Harris County Rodney Ellis.

(Program Pembelian Semula dibiayai sebanyak $1 juta (RM4 juta) oleh Presiden Joe Biden pada tahun lalu/FOTO REUTERS)


Menurut Turner kira-kira 2,500 senjata api telah dicuri di bandar itu sejak awal tahun lalu.

Program tersebut dibiayai sebanyak $1 juta (RM4 juta) oleh Presiden Joe Biden pada tahun lalu di bawah Akta Rancangan Penyelamat untuk keselamatan orang awam yang dipanggil One Safe Houston. - REUTERS

Media Baharu