fb fb fb fb fb

Ketua junta Myanmar lanjutkan pemerintahan darurat selama 6 bulan

FOTO REUTERS

MYANMAR, 1 Ogos - Ketua junta Myanmar, Min Aung Hlaing, telah mendapat kelulusan Majlis Pertahanan dan Keselamatan Negara untuk melanjutkan tempoh darurat selama enam bulan lagi, lapor media kerajaan pada Isnin.

Junta pertama kali mengisytiharkan darurat selepas merampas kuasa daripada kerajaan yang dipilih rakyat, Aung San Suu Kyi dalam rampasan kuasa pada Februari tahun lalu.

"Di negara kita, kita mesti terus memperkukuh 'sistem demokrasi pelbagai parti yang tulen dan berdisiplin' yang menjadi hasrat rakyat,"kata Min Aung Hlaing.


(Ketua junta Myanmar, Min Aung Hlaing / Foto Reuters)

Myanmar berada dalam keadaan huru-hara sejak rampasan kuasa, dengan konflik merebak ke seluruh negara Asia Tenggara selepas tentera menumpaskan kebanyakan protes aman di bandar-bandar.

Junta berkata ia telah mengambil kuasa kerana penipuan pengundian pada pilihan raya umum November 2020 yang dimenangi dengan mudah oleh parti pimpinan pemenang Hadiah Nobel Aung San Suu Kyi. Kumpulan pemantau pilihan raya tidak menemui bukti penipuan besar-besaran.

Tentera telah berikrar untuk mengadakan pilihan raya baharu pada Ogos 2023 walaupun jadual waktu sudah tergelincir dan pihak lawan tidak percaya pilihan raya yang dirancang akan berjalan dengan bebas dan adil.

Suu Kyi telah ditahan sejak rampasan kuasa dan berdepan pelbagai pertuduhan eklektik yang boleh menyebabkan dia dipenjarakan selama lebih 150 tahun. -REUTERS

Media Baharu