fb fb fb fb fb

Kru Soyuz MS-26 kembali ke Bumi selepas jalani misi di ISS

Foto Reuters

MOSCOW, 20 April – Sebuah kapal angkasa Soyuz MS-26 yang membawa dua angkasawan Rusia dan seorang angkasawan NASA telah selamat kembali ke Bumi dan mendarat di Kazakhstan, menurut kenyataan rasmi Agensi Angkasa Lepas Rusia, Roscosmos, pada Ahad.

Kapsul angkasa itu membawa Alexey Ovchinin dan Ivan Wagner dari Rusia serta Donald Pettit dari Amerika Syarikat yang telah menamatkan misi mereka di angkasa selepas lebih tujuh bulan menjalankan tugasan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

“Proses nyahorbit dan pendaratan ke Bumi berjalan lancar,” kata Roscosmos menerusi hantaran di aplikasi Telegram.

Pendaratan kapsul Soyuz dilaporkan berlaku dengan selamat di wilayah Kazakhstan, lokasi biasa bagi pendaratan misi Soyuz.

Ketiga-tiga anggota kru tersebut telah memulakan misi mereka di angkasa sejak 11 September 2024, melaksanakan pelbagai penyelidikan saintifik dan kerja penyelenggaraan penting di ISS.-REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN