fb fb fb fb fb

Sekurang-kurangnya 4 maut dalam cubaan lolos dari penjara di Chad

FOTO HIASAN

YAOUNDE, 20 April- Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh selepas para banduan cuba melarikan diri dari sebuah penjara di Chad, lapor Xinhua memetik sumber tempatan dan laporan media pada Sabtu.

Insiden berlaku sekitar 9 malam waktu tempatan pada Jumaat di Penjara Mongo yang terletak di tengah Chad.

Sumber mendakwa bahawa senjata telah diseludup masuk ketika satu tunjuk perasaan diadakan bagi membantah keadaan penjara yang daif.

Para banduan kemudiannya mengambil kesempatan untuk meloloskan diri.

Seramai empat banduan maut, manakala beberapa pengawal penjara cedera, menurut sumber keselamatan seperti dilaporkan media tempatan.

Lebih 130 banduan berjaya melarikan diri.- BERNAMA-XINHUA

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE