fb fb fb fb fb

Kremlin dakwa Eropah lebih fokus tingkatkan ketenteraan berbanding keamanan

Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov/AFP

MOSCOW, 20 Mac- Kremlin pada Khamis menuduh negara-negara Eropah lebih memberi tumpuan kepada menguatkan ketenteraan daripada mencari jalan damai.

Kenyataan itu susulan tindakan pemimpin tentera Barat berkumpul di Britain bagi membincangkan perlindungan terhadap Ukraine.

Sejak Donald Trump menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS) pada Januari lalu, Perancis dan United Kingdom telah meningkatkan perbelanjaan ketenteraan kerana bimbang AS tidak lagi komited terhadap pertahanan Eropah.

Kini, ketika Trump semakin mesra dengan Kremlin, Rusia mengalihkan kemarahannya terhadap Eropah dalam konflik tiga tahun di Ukraine dan menuduh Kesatuan Eropah (EU) serta UK sebagai penghalang utama kepada perdamaian.

"Banyak mesej dari Brussels dan ibu kota Eropah menunjukkan rancangan untuk memperkukuh ketenteraan mereka.

Eropah sedang mempersenjatai dirinya dan menjadi seperti sebuah pakatan perang,” kata jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov kepada wartawan termasuk AFP.

Perdana Menteri UK, Keir Starmer, yang mengetuai usaha pembentukan kumpulan sokongan bersama Presiden Perancis, Emmanuel Macron, dijangka berucap dalam pertemuan dengan kira-kira 30 pegawai ketenteraan.

Starmer dan Macron sebelum ini menyatakan kesediaan untuk menghantar pasukan pengaman ke Ukraine selepas gencatan senjata antara Moscow dan Kiev dicapai.

Namun, Rusia menolak cadangan itu dengan tegas.- AFP

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM