fb fb fb fb fb

Kota Manila dikenakan sekatan pergerakan ketat bermula esok

MANILA, 2 Januari - Berkuat kuasa esok, Filipina akan mengetatkan sekatan pergerakan di Kota Manila susulan kebimbangan lonjakan kes COVID-19 akibat penularan varian Omicron.

Manila akan diletakkan pada tahap berjaga-jaga iaitu langkah ketiga tertinggi dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) pengawalan kesihatan.

Menurut Jurucakap Presiden Karlo Nograles, sesi persekolahan secara bersemuka dan aktiviti sukan melibatkan sentuhan fizikal tidak dibenarkan.

Manakala restoran, taman awam, rumah ibadat dan salun kecantikan akan dibuka dengan kapasiti terhad.

Sekatan di premis, jalan raya dan kawasan kejiranan juga akan dikuatkuasakan. - AFP

Media Baharu