COLORADO, 2 Januari- Sekurang-kurangnya 500 buah rumah musnah selain memaksa ribuan orang berpindah.
Ini susulan kebakaran hutan yang merebak begitu pantas sehingga ke beberapa kawasan pekan di Colorado, Amerika Syarikat.
Menurut gabenornya, api merepak sangat cepat hanya dalam sekelip mata.
Dianggarkan 33 ribu penduduk di Superior dan Louisville diarah berpindah.
Pihak polis pula berkata ia bukan mengejutkan sekiranya terdapat lebih seribu rumah musnah dalam kebakaran berkenaan.
2 ribu 400 hektar kawasan terjejas terutama di kawasan bandar dan sub bandar.
Selain rumah, hotel dan pusat beli belah turut terkesan.
Seperti kebanyakan kawasan di Amerika Barat; Colorado berada dalam situasi kemarau bertahun-tahun yang menyebabkan kawasan itu kering dan terdedah kepada kebakaran.
Para saintis memberi amaran bahawa perubahan iklim disebabkan oleh aktiviti manusia seperti pembakaran bahan api fosil yang tidak terkawal, seklaigus mengubah corak cuaca.
Tiada kematian dalam kabakaran berkenaan namun 2 orang dilaporkan hilang.