ITALI, 2 Januari- Lebih 400 migran akhirnya tiba di Pozzallo, pelabuhan selatan negara itu, semalam.
Ini selepas kesemua mereka diselamatkan oleh NGO Jerman Sea Watch sepanjang minggu lalu.
Seramai 446 pelarian itu diselamatkan dalam 5 operasi berasingan.
Bagaimanapun ada dalam kalangan mereka telah dipindahkan untuk rawatan perubatan sementara menunggu kerajaan Itali memberi kebenaran untuk berlabuh.
Menurut agensi pelarian PBB, lebih 66 ribu orang tiba di Itali melalui laut dari Afrika Utara dan Asia Barat pada tahun lepas.
Dianggarkan lebih 1,800 orang terkorban dalam usaha menyeberangi laut Mediterranean untuk ke Eropah.
Kerajaan negara itu berusaha untuk tidak menutup restoran dan bar, sebaliknya menggalakkan semua untuk divaksin sepenuhnya dengan suntikan penggalak.