fb fb fb fb fb

'Kami tidak akan biarkan anda tinggal di sini!'


IRAQ, 2 Januari- Laungan slogan anti-Amerika kedengaran apabila ribuan rakyat Iraq berhimpun sempena ulang tahun pembunuhan jeneral Iran dalam serangan dron Amerika Syarikat 2 tahun lepas.

Penyokong puak Syiah yang bersekutu dengan Iran telah hadir dari seluruh Iraq untuk mengambil bahagian dalam perhimpunan itu.

Menerusi serangan Dron itu, Jeneral Qassim Soleimani, yang merupakan ketua Pasukan Quds elit Iran bersama Timbalan Komander, Abu Mahdi al-Muhandis yang disokong Iran di Iraq maut.

Antara sepanduk yang di bawa tertera "Kami tidak akan membiarkan anda tinggal selepas ini di tanah para syuhada."

Bendera Amerika dan Israel turut bertebaran di atas tanah dengan orang ramai memijaknya.

Pembunuhan Soleimani dan al-Muhandis mendorong Iran dan Amerika Syarikat terjerumus kepada konflik lebih serius dan mencetuskan kemarahan di Iraq selain menyebabkan parlimen menggesa pengusiran semua tentera asing dari Iraq.

Gabungan yang diketuai Amerika Syarikat secara rasmi menamatkan misi menentang kumpulan DAESH pada akhir Disember.

Kira-kira 2,500 tentera akan kekal untuk terus menyokong tentera Iraq dengan berperanan sebagai penasihat.

Media Baharu