INDONESIA, 2 Januari - Indonesia menghentikan sementara eksport arang batu bulan ini untuk memenuhi permintaan domestik.
Ketua Pengarah Mineral dan Arang Batu, Ridwan Jamaludin berkata ketersediaan arang batu untuk tenaga elektrik di republik berkenaan pada masa ini sangat rendah.
Sekali gus boleh mengganggu bekalan elektrik.
Larangan yang berkuat kuasa semalam sehingga 31 Januari akan disemak semula berdasarkan stok sedia ada.
Ketika ini bekalan bahan api itu di syarikat utiliti nasional dan pengeluar tenaga bebas adalah kritikal.
Indonesia merupakan pengeksport arang batu haba terbesar di dunia.
Kira-kira 405 juta tan metrik dieksport pada tahun 2020 - BERNAMA