fb fb fb fb fb

Penularan Omicron, Eropah catat lebih 100 juta kes positif

FOTO AFP

PARIS, 2 Januari- Eropah sudah merekodkan lebih 100 juta kes positif COVID-19, lebih satu pertiga daripada jumlah kes di seluruh dunia, sejak pandemik menular. 

Benua itu sekali lagi muncul sebagai pusat pandemik sejak beberapa bulan kebelakangan ini selepas peningkatkan kes akibat varian Omicron yang sangat mudah merebak.

Rantau Eropah termasuk 52 negara dan wilayah dari pantai Atlantik ke Azerbaijan dan Rusia telah merekodkan 100,074,753 kes positif sejak lebih 2 tahun lalu, berdasarkan kemas kini data AFP.

Ia bersamaan lebih satu pertiga daripada 288,279,803 kes yang diumumkan di seluruh dunia sejak pandemik tercetus di China pada akhir 2019.

Daripada jumlah keseluruhan kes positif di Eropah, lebih 4.9 juta dilaporkan dalam tempoh seminggu terbaharu melibatkan 17 daripada 52 negara atau wilayah mengatasi rekod mingguan sebelum itu.

Perancis sahaja merekodkan lebih sejuta kes baharu dalam tempoh seminggu atau bersamaan 10% daripada keseluruhan kes positif yang telah diumumkan sejak pandemik bermula.

Negara yang merekodkan nisbah jangkitan tertinggi bagi setiap 100,000 penduduk, juga ke semua di Eropah.

Denmark paling tinggi dengan 2,045 diikuti Cyprus 1,969 dan Ireland 1,964. -AFP

Media Baharu