fb fb fb fb fb

Kos penjagaan anak di China antara paling termahal di dunia - Penyelidik

Foto Reuters

HONG KONG, 21 Februari - China dianggap sebagai salah sebuah negara termahal dalam membesarkan anak berbanding KDNK per kapita negara itu, kata sebuah badan pemikir terkemuka China.

Badan pemikir tersebut, YuWa Population Research Institute memperincikan kos, masa dan peluang untuk wanita yang memilih untuk mempunyai anak di negara berkenaan.

Kos membesarkan anak sehingga mereka berumur 18 tahun adalah 6.3 kali ganda berbanding 2.08 di Australia.

"Kos tersebut turut tinggi sekiranya dibandingkan dengan Perancis iaitu sebanyak 2.24, manakala di Amerika Syarikat (AS), 4.11, dan 4.26 di Jepun", menurut laporan yang dikeluarkan oleh badan pemikir tersebut.

Tambah badan pemikir itu lagi, membesarkan anak-anak juga membawa kepada pengurangan masa kerja bergaji dan kadar gaji wanita.

Manakala mata pencarian lelaki sebahagian besarnya kekal tidak berubah.

"Oleh kerana persekitaran sosial semasa di China tidak mesra untuk kesuburan wanita, kos masa dan kos peluang untuk wanita mempunyai anak adalah terlalu tinggi," kata laporan itu, yang ditulis bersama oleh Liang Jianzhang, pengasas laman pelancongan dalam talian Ctrip.

"Alasan-alasan seperti kos melahirkan anak yang tinggi dan kesukaran untuk wanita mengimbangi keluarga dan pekerjaan, serta purata kesediaan kesuburan orang China paling rendah di dunia," tambah laporan itu lagi.

Laporan itu dibuat selepas jumlah kelahiran baharu penduduk China menunjukan penurunan buat tahun kedua berturut-turut pada 2023 iaitu kira-kira separuh daripada jumlah pada 2016.

Wanita secara amnya melihat pengurangan sebanyak 2,106 jam waktu bekerja apabila perlu menjaga kanak-kanak berumur 0-4 dan menghadapi anggaran kehilangan gaji sebanyak 63,000 yuan atau (AS$8,700) dalam tempoh itu, kata laporan itu, menggunakan tolok gaji setiap jam sebanyak 30 yuan sejam.

Tambah laporan tersebut, mempunyai anak juga akan menyebabkan kejatuhan 12-17% dalam gaji wanita.

Masa lapang akan dikurangkan sebanyak 12.6 jam untuk ibu dengan seorang anak berumur 0-6 dan 14 jam untuk dua anak.

Terdapat "mendesak keperluan" di peringkat kebangsaan untuk memperkenalkan dasar untuk mengurangkan kos melahirkan anak secepat mungkin, kata YuWa, seperti subsidi tunai dan cukai, perkhidmatan penjagaan anak yang lebih baik, cuti bersalin dan akses kepada pengasuh asing.

Langkah-langkah bersama boleh meningkatkan kelahiran baru kepada sekitar 3 juta, kata laporan itu.

Pada 2023, jumlah kadar kesuburan China hanya akan menjadi kira-kira 1.0, salah satu yang terendah di dunia.

"Sekiranya kadar kesuburan ultra-rendah semasa tidak dapat dipertingkatkan, penduduk China akan merosot dan menua dengan cepat, yang akan memberi kesan yang serius terhadap inovasi dan kekuatan negara secara keseluruhan," katanya.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD