fb fb fb fb fb

Korea Utara uji peluru berpandu kapal selam - KCNA

Ujian peluru berpandu jelajah yang dilancarkan kapal selam di lokasi yang tidak didedahkan di Korea Utara, gambar dikeluarkan oleh KCNA/REUTERS

SEOUL, 29 Januari- Korea Utara menguji peluru berpandu baharunya untuk kali kedua dalam seminggu, ia digelar sebagai peluru berpandu pelayaran kapal selam (SLCM) yang baru dibangunkan.

Ia bagi mempercepatkan persenjataan nuklear tentera lautnya, lapor media kerajaan pada Isnin.

Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un menyelia ujian peluru berpandu itu, "Pulhwasal-3-31," yang sama dengan peluru berpandu jelajah strategik yang dikatakan Korea Utara minggu lalu sedang dalam pembangunan.

Agensi berita negeri KCNA dan akhbar rasmi Rodong Sinmun berkata, peluru berpandu itu melintasi laut di luar pantai timur negara selama 7,421 saat dan 7,445 saat dan mengenai sasaran pulau yang tidak ditentukan. Ia menunjukkan masa penerbangan melebihi dua jam.

Kim menyebut ujian itu sebagai satu kejayaan, KCNA berkata, "yang mempunyai kepentingan strategik dalam melaksanakan rancangan itu...untuk memodenkan tentera yang bertujuan membina pasukan tentera laut yang kuat."

Tentera Korea Selatan pada Ahad berkata, Korea Utara melancarkan beberapa peluru berpandu jelajah di luar pantainya namun butiran lengkap berkenaan perkara itu tidak diberikan.

Minggu lalu, Korea Utara telah menguji peluru berpandu jelajah strategik baharu, ia direka untuk membawa hulu peledak nuklear, tetapi pada masa itu tidak menyebut ia sedang dibangunkan untuk pelancaran kapal selam.

Gambar-gambar media kerajaan yang diterbitkan pada Isnin menunjukkan peluru berpandu dari dalam air dilancarkan. Ia dikesan berikutan kepulan asap yang mengaburkan jenis platform tembakan.

Peluru berpandu Korea Utara tidak diharamkan secara jelas bawah resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Namun penganalisis berkata peluru berpandu jarak pertengahan kurang memberi ancaman berbanding peluru berpandu balistik dan merupakan keupayaan serius untuk Korea Utara.

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, Korea Utara telah menguji pelbagai senjata termasuk sistem peluru berpandu balistik yang sedang dibangunkan dan dron bawah air.

Kim secara berasingan memeriksa pembinaan kapal selam nuklear dan membincangkan isu berkaitan pembuatan kapal perang baharu jenis lain, kata KCNA.

Tahun lepas Korea Utara melancarkan kapal selam serangan nuklear operasi pertamanya. Menurut penganalisis ia diubah suai daripada kapal selam sedia ada dan mungkin direka untuk membawa peluru berpandu balistik dan pelayaran.

Menurut pakat senjata terdapat keraguan terhadap utiliti dunia sebenar kapal sedemikian, terutamanya sistem peluru berpandu berasaskan darat yang lebih maju, kerana pendorongan dieselnya menghasilkan bunyi bising dan jaraknya terhad, menurut pakar senjata.

Kim berkata pada masa itu negara akan mempercepatkan program membina kapal selam berkuasa nuklear.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI