MANILA, 29 Januari- Filipina dan Amerika Syarikat (AS) berhasrat untuk mengadakan '2-plus-2 meeting' pegawai diplomatik dan pertahanan tertinggi di Manila pada Mac, kata duta Filipina ke Washington pada Isnin.
Dalam mesej telefon, Jose Manuel Romualdez mengesahkan laporan Nikkei yang memetik sumber perbincangan.
Beliau berkata terdapat "niat" untuk mengadakan mesyuarat, dan rancangan itu "masih dalam proses."
Setiausaha Negara AS Antony Blinken dan Setiausaha Pertahanan AS Lloyd Austin dijangka bertemu dengan rakan sejawat Enrique Manalo dan Gilberto Teodoro pada Mac, dialog pertama seumpama itu di Filipina sejak format itu bermula pada 2012, lapor Nikkei.
Bagaimanapun Romualdez tidak menjawab soalan berkenaan agenda mesyuarat yang dirancang, berikutan ketegangan memuncak antara Filipina dan China mengenai Laut China Selatan.
Filipina adalah sekutu perjanjian Amerika Syarikat.
Namun perkara itu tidak mendapat maklum balas daripada Setiausaha Pertahanan Filipina, Kementerian Luar Filipina, dan Kedutaan AS di Manila.- REUTERS