fb fb fb fb fb

Korea Utara uji peluru berpandu hipersonik

FOTO : AFP


SEOUL, 6 Januari - Korea Utara dilaporkan telah berjaya menguji peluru berpandu hipersonik miliknya tahun ini.

Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) melaporkan peluru berpandu itu dikatakan tepat mengenai sasaran sejauh 700 kilometer.

Difahamkan, ia adalah ujian kedua Korea Utara terhadap peluru berpandu hipersonik, sekali gus menandakan kemajuan teknologi terkini dalam pembuatan senjata nuklear di negara itu.

Peluru berpandu hipersonik bergerak jauh lebih pantas daripada peluru berpandu normal, menjadikannya lebih sukar untuk dipintas sistem pertahanan.

Semalam, Seoul dan Tokyo mengesan pelancaran peluru berpandu balistik disyaki dari Korea Utara yang jatuh di laut timur semenanjung Korea.

Amerika Syarikat mengecam tindakan itu, dan menggesa Pyongyang untuk berbincang. - AFP

Media Baharu