fb fb fb fb fb

Amaran COVID-19 di Thailand dinaikkan ke tahap empat, bendung kes varian Omicron


BANGKOK, 7 Januari - Amaran COVID-19 di Thailand dinaikkan dari Tahap Tiga ke Tahap Empat, sebagai usaha membendung lonjakan kes akibat varian Omicron.

Langkah itu dibuat ketika Bangkok mencatat peningkatan kes secara mendadak sejak awal tahun ini.

Thailand melaporkan 5,775 kes baharu dan 11 kematian dalam tempoh 24 jam lepas, kira-kira 48 peratus peningkatan berbanding Rabu.

Sehingga kini, jumlah keseluruhan jangkitan COVID-19 di negara itu mencecah
2 juta 245,250 kes dengan 21,780 kematian.

Di bawah amaran tahap empat, kerajaan mungkin mengenakan semula peraturan lebih tegas termasuk penutupan premis berisiko tinggi, sekatan terhadap perhimpunan awam dan perjalanan domestik bagi membendung penularan kes .

Susulan itu, Perdana Menteri, Prayuth Chan o-cha dijangka mengumumkan pendekatan baharu selepas selesai mempengerusikan mesyuarat Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 hari ini.

Media Baharu