fb fb fb fb fb

Korea Utara, Rusia setuju beri bantuan ketenteraan

Vladimir Putin (kiri) dan Kim Jong Un/REUTERS

PYONGYANG, 20 Jun- Korea Utara dan Rusia bersetuju memberikan semua bantuan ketenteraan yang ada jika pihak lain menghadapi pencerobohan bersenjata, bawah perjanjian yang ditandatangani oleh kedua-dua pemimpin itu, lapor agensi berita KCNA pada Khamis.

Kedua-dua negara tidak akan menandatangani sebarang perjanjian dengan negara ketiga yang melanggar kepentingan negara lain dan tidak akan membenarkan wilayah mereka digunakan oleh mana-mana negara untuk menjejaskan keselamatan dan kedaulatan negara lain, kata KCNA yang memetik perjanjian itu.

Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dan Presiden Rusia Vladimir Putin mengadakan perbincangan di Pyongyang pada Rabu sebelum mengumumkan pemeteraian perjanjian perkongsian strategik yang komprehensif.

KCNA pada Khamis mengeluarkan teks penuh perjanjian itu, yang turut merangkumi kerjasama mengenai tenaga nuklear, penerokaan angkasa lepas, makanan dan keselamatan tenaga.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI